Thursday 12 September 2013

Misteri di sebalik Israk, Mikraj

ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.
 
Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.
 
Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.
 
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 
Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.
 
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.
 
Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.
 
Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.
 
Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).
 
Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).
 
Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.
 
Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 
Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.
Read More ->>

Suarez ingin kekal di Liverpool

Suarez sebelum ini telah menjelaskan bahawa dia ingin meninggalkan Liverpool dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.
Disebabkan kelakuannya itu, Brendan Rodgers telah mengecualikannya dari pasukan utama dan memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan berlatih sehingga dia memohon maaf atas komen yang dibuat kepada media.
Walaubagaimanapun, kelihatannya pemain dari Uruguay itu bersedia untuk mengalah apabila dia dikatakan akan kekal di Liverpool buat masa ini.
"Buat masa ini, kerana kepercayaan yang ditunjukkan banyak pihak, saya akan kekal," katanya kepada El Observador.
Read More ->>

PTPTN: 40 peratus ingkar lunas pinjaman

KUALA LUMPUR - Seramai 454,036 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman wang pendidikan tersebut, kata pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut Shamsul, walaupun kerajaan telah mengambil langkah bagi menggalakkan peminjam membayar balik termasuk pemberian diskaun yang menarik sejak Ogos 2012, namun masih ada segelintir peminjam degil dan enggan berbuat demikian.

“Hanya 57,210 yang mengambil peluang ini... saya berharap angka ini akan bertambah menjelang 30 September ini,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, mungkin ramai yang tidak tahu terdapatnya jalinan kerjasama antara pihak PTPTN dan KWSP di mana peminjam yang sudah bekerja boleh terus membuat potongan bayaran melalui gaji mereka setiap bulan.

“Mungkin masih ramai yang belum cakna, mengenai perihal ini.

“Jadi saya berharap melalui pendedahan ini, akan muncul lebih ramai peminjam PTPTN yang sudah bekerjaya untuk membuat bayaran balik,” katanya.

Dalam nada sama, beliau menegaskan PTPTN sentiasa mendengar rintihan peminjam PTPTN, sebab itulah beliau menjelaskan bahawa PTPTN sentiasa bersedia untuk menyelesaikan setiap permasalahan peminjam PTPTN.

“PTPTN sentiasa mendengar rintihan masalah peminjam.

“Sebab itulah PTPTN telah mewujudkan 17 cawangan PTPTN, bagi meyelesaikan masalah peminjam.

“Jadi saya berharap, jika peminjam menghadapi sebarang masalah boleh terus datang ke pejabat PTPTN, insya-ALLAH kita akan cuba selesaikan,” tegasnya.
Read More ->>

Projec MAHATHIR

Kota Kinabalu: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan tidak tahu menahu mengenai “projek Mahathir” yang mengaitkan beliau dengan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah.

Dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah di Mahkamah Tinggi di sini, beliau berkata tidak pernah mengeluarkan arahan bagi melaksanakan projek IC. 
Bekas Perdana Menteri itu ketika memberi keterangan di hadapan lima ahli panel diketuai Pengerusi RCI, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, berkata bukan menjadi dasar kerajaan di bawah pentadbirannya dari 1981 hingga 2003 untuk mengeluarkan kad pengenalan sewenang-wenangnya kepada pendatang tanpa izin di Sabah. 

Tidak tahu

“Saya baru mendengar mengenainya (projek Mahathir). Saya tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya menjawab soalan pegawai pengendali, Manoj Kurup.

Menjawab soalan sama ada beliau tahu ada pihak memanggil projek IC sebagai projek Mahathir, beliau berkata, thank you very much (terima kasih banyak) menyebabkan suasana dalam mahkamah gamat seketika.

Nama saya sentiasa digunakan, malah digelar ultra rasis tetapi saya tidak ambil peduli. Saya baru melihat buku itu (buku berkaitan projek IC tulisan Dr Chong Eng Leong) tetapi belum ada peluang membacanya. Saya menyedari orang menggunakan nama saya dan buku mereka dijual dengan mudah. 
Ia suatu kajian akademik yang baik, tapi saya tidak tahu bagaimana kesimpulan boleh dibuat bahawa projek IC adalah atas arahan saya, katanya.

Dr Mahathir yang menjadi saksi ke-209 prosiding itu kelihatan tenang menjawab semua soalan dan berkata, walaupun ada arahan diberikan bagi pengeluaran kad pengenalan, ia perlu dilakukan mengikut undang-undang.

Berdasarkan undang-undang, orang yang tinggal lebih 10 tahun di negara ini layak memohon kewarganegaraan. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada pegawai bertanggungjawab untuk menolak atau menerima permohonan mereka, katanya yang tampil berpakaian sut kelabu, baju ungu dan tali leher merah manggis.

Nafi beri arahan

Dr Mahathir juga menafikan pernah memberi sebarang arahan atau kuasa kepada Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Salleh, berhubung pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Ketika ditanya apa yang akan dilakukan jika mendapat tahu arahannya tidak dipatuhi atau bercanggah dengan undang-undang dan peraturan, Dr Mahathir berkata, beliau akan adakan siasatan.

Beliau juga memberitahu suruhanjaya itu bahawa pada 1990-an, beliau melaksanakan satu evolusi dengan memasukkan mikrocip ke dalam kad pengenalan bagi mengelak pemalsuan.

Ditanya pendapatnya mengenai dakwaan seorang saksi bahawa 113,850 kad bermasalah dikeluarkan antara 1979 dan 1988 di Sabah dan cadangan supaya pemegang kad pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membetulkan butiran diri masing-masing bagi mengelak taraf kewarganegaraan mereka ditarik balik atau kad pengenalan mereka dibatalkan, Dr Mahathir berkata: Jika langkah itu boleh menyelesaikan masalah, maka saya rasa pihak berkuasa patut menimbangnya.

Katanya, beliau sedar mengenai kebanjiran pendatang di Sabah antara 1972 dan 1984, serta menyifatkan perkara itu sebagai kejadian biasa kerana ia juga berlaku sebelum Sabah menyertai persekutuan (Malaysia).

Ini kerana mereka tidak mengiktiraf sempadan Sabah dan Filipina. Mereka datang dan pergi dengan sesuka hati. Ia bukan perkara baru ketika itu, katanya.

Menjawab soalan berhubung dua pegawai tinggi JPN yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana didakwa terbabit dengan projek IC, Dr Mahathir berkata mereka mungkin melakukan kesalahan, tetapi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menahan seseorang tanpa sebab.

Katanya, bukan menjadi dasar kerajaan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin mengikut jalan pintas, yang bercanggah dengan prosedur biasa, seperti didakwa sesetengah pihak.

Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan, kami pasti mengambil tindakan, katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding selama kira-kira sejam setengah itu, Dr Mahathir berkata, beliau bersyukur prosiding berjalan dengan baik, soalan yang munasabah dan dapat menjawabnya dengan baik.

Terdahulu, Dr Mahathir yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di pekarangan kompleks mahkamah melalui pagar belakang kira-kira jam 8.30 pagi.

Berikut sebahagian soal jawab RCI semalam:

Manoj: Tun, ada aduan bahawa pendatang tanpa izin di Sabah yang tidak layak menjadi warganegara, diberi kad pengenalan oleh pihak berkuasa ketika Tun menjadi Perdana Menteri menerusi apa yang dipanggil sebagai Projek IC.
Dr Mahathir: Saya baru tahu mengenai projek IC. 
Manoj: Segelintir orang menyatakan ia projek Mahathir.
Dr Mahathir: Thank you very much (terima kasih banyak)
Manoj: Ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, pernah atau tidak Tun mengeluarkan sebarang arahan supaya IC diberi kepada pendatang tanpa izin
Dr Mahathir: Tidak. Pengeluaran IC kepada pendatang tanpa izin dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ada di Malaysia.
Manoj: Pernah mendengar nama Hasnar.
Dr Mahathir: Tidak ada.
Manoj: Dia (Hasnar) dikatakan terbabit dalam projek ini, dalam mesyuarat yang dipengerusikan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Dr Mahathir: Saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Megat Junid.
Manoj: Adakah Tun tahu Hasnar ditahan ISA.
Dr Mahathir: Saya tidak tahu.
Manoj: Sekiranya tahu arahan bercanggah dengan undang-undang dan peraturan, apakah yang akan dilakukan
Dr Mahathir: Saya akan buat siasatan.
Manoj: Pernah melihat buku ini.. (buku berkaitan projek IC)
Dr Mahathir: Baru nampak.
Manoj: Buku ini selalu menyebut nama Mahathir berkaitan projek IC.
Dr Mahathir: Saya menyedari orang selalu menggunakan nama saya dan buku mereka laris dijual.

Peguam pemerhati kepada saksi prosiding RCI, Dr Chong Eng Leong, Ansari Abdullah: Bagi mendapatkan IC, seseorang itu perlu mengemukakan permohonan, bagaimanapun ada yang tidak memohon tetapi diberikan IC.

Dr Mahathir: Ini bukan salah kerajaan, tetapi ini pasti ada seseorang yang membuat benda tidak betul.
Read More ->>

Saturday 7 September 2013

Harga Barang

Seremban: Pengurangan subsidi yang menyebabkan harga RON 95 kini naik 20 sen seliter tidak memberi kesan ketara terhadap harga barangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. 

Beliau berkata, kementeriannya hanya menerima tiga aduan di seluruh negara berhubung tindakan peniaga di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menaikkan harga barangan, iaitu pada hari pertama perubahan harga RON 95 termasuk harga karipap daripada 30 sen kepada 50 sen sebiji. 

“Tindakan peniaga terbabit tidak betul kerana harga barangan, termasuk makanan tidak boleh dinaikkan sesuka hati. Kenaikan harga yang tinggi tidak patut berlaku kerana penambahan harga RON 95 hanya memberi kesan antara 0.1 hingga 1.3 peratus terhadap kos perniagaan,” katanya. 

Peniaga terbabit bakal kena tindakan 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen di Kawasan Perindustrian Oakland, di sini semalam, beliau berkata, kementeriannya segera menghantar pegawai untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. 

Sementara itu, katanya, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 600 pengusaha stesen minyak PETRON Malaysia Refining & Marketing Bhd yang mendakwa terpaksa menanggung caj tambahan ketika memperbaharui lesen untuk memperoleh bekalan bahan api itu. 

“Kita sedar perkara itu dan akan bertemu mereka minggu depan untuk berbincang cara kita boleh memberi bantuan,” katanya.

Berita Harian
Read More ->>