Saturday 7 September 2013

Harga Barang

Seremban: Pengurangan subsidi yang menyebabkan harga RON 95 kini naik 20 sen seliter tidak memberi kesan ketara terhadap harga barangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. 

Beliau berkata, kementeriannya hanya menerima tiga aduan di seluruh negara berhubung tindakan peniaga di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menaikkan harga barangan, iaitu pada hari pertama perubahan harga RON 95 termasuk harga karipap daripada 30 sen kepada 50 sen sebiji. 

“Tindakan peniaga terbabit tidak betul kerana harga barangan, termasuk makanan tidak boleh dinaikkan sesuka hati. Kenaikan harga yang tinggi tidak patut berlaku kerana penambahan harga RON 95 hanya memberi kesan antara 0.1 hingga 1.3 peratus terhadap kos perniagaan,” katanya. 


Peniaga terbabit bakal kena tindakan 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen di Kawasan Perindustrian Oakland, di sini semalam, beliau berkata, kementeriannya segera menghantar pegawai untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. 

Sementara itu, katanya, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 600 pengusaha stesen minyak PETRON Malaysia Refining & Marketing Bhd yang mendakwa terpaksa menanggung caj tambahan ketika memperbaharui lesen untuk memperoleh bekalan bahan api itu. 

“Kita sedar perkara itu dan akan bertemu mereka minggu depan untuk berbincang cara kita boleh memberi bantuan,” katanya.


Berita Harian

0 comments:

Post a Comment